Refleksi (200 words): daripada syarahan profesor - Psikologi pembeli rumah.
Setelah mendengar syarahan profesor berkenaan 'Psikologi Pembeli Rumah' dan syarahan yang lain juga. Saya mulai sedar dan lebih berpengetahuan untuk membuat keputusan berkenaan rumah. Saya juga merasakan perlu untuk saya membeli rumah terlebih dahulu dan mengelakkan untuk menyewa rumah.
Credit : Gambar di atas
Saya juga sudah mula mengenalpasti beberapa kawasan panas atau beristilahkan 'Hot Area'. Saya juga sudah mula membuat beberapa perancangan mulai sekarang agar saya sudah boleh menyimpan dan merancang dari segi kewangan.
Saya juga berasa syukur kerana sudah tahu bagaimana ingin berurusan dengan penjual rumah dan menghadapi psikologi yang akan mereka gunakan. Alhamdulillah. Saya berharap semua rakan-rakan yang turut sama mengambil kursus ini dapat mengamalkan setiap pengetahuan yang diperolehi daripada sesi syarahan dan kuliah yang terdapat di dalam kursus Rumah dan Anda ini.
Saya juga turut berterima kasih kepada para pensyarah kursus Rumah dan Anda kerana berusaha keras dalam menyediakan slot-slot kuliah dan syarahan sebegini demi kepentingan dan kelebihan kami semua sebagai seorang pelajar yang bakal menghadapi dunia yang lebih mencabar di luar sana. Saya berharap sangat ia dapat membantu rakan-rakan lain dalam menghadapi setiap situasi tersebut.
Akhir kata, pembelajaran 'Psikologi Pembeli Rumah' banyak membantu semua pihak terutama pelajar kursus ini dalam menghadapi penjual-penjual rumah dan dapat bertindak dengan bagus dalam membuat sesuatu keputusan berkenaan pembelian rumah sewaktu berhadapan dengan mereka ini.
[210 Patah Perkataan]
No comments:
Post a Comment
Feel free to drop your comment.