PR1MA, SPNB, Rumahku Selangorku - Bincangkan (200 words). Apakah kriteria pendaftaran PR1MA?
PR1MA ;
PR1MA ;
Credit : www.themalaysianreserve.com
Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana.
Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz. Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara. Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM10,000.
SPNB ;

Credit : marshallchan.wordpress.com
Sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 demi memastikan penyediaan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Objektif Perumahan Negara.
Rumahku Selangorku;
Credit : www.simedarbyproperty.com
Dasar Perumahan Negeri Selangor yang utama adalah untuk merialisasikan matlamat 'Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna'. Ini adalah bagi memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami. Kerajaan Negeri telah memperkenalkan satu konsep perumahan yang baru iaitu Perumahan Mampu Milik atau "Affordable Homes" yang memberi lebih keselesaan sama ada dari segi saiz, rekabentuk mahupun komunitinya.
Kini Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah, Rumah Kos Sederhana dan Rumah Mampumilik dikenali sebagai Rumah Selangorku
----------------------------------------------------------------------------------------------
Ini merupakan serba sedikit pengenalan atau latar belakang berkenaan PR1MA, SPNB dan Rumahku Selangorku. Harap sedikit penerangan ini mampu menjelaskan keserabutan di kepala anda.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment
Feel free to drop your comment.