Saturday, October 3, 2015

Task 1a & 1b





Apabila sudah tamat belajar di UKM, saya nak beli rumah ke atau nak sewa rumah dulu?

Setelah tamat belajar di UKM, saya berhasrat untuk menyewa rumah terlebih dahulu kerana saya ingin menyimpan dahulu wang yang cukup demi rumah idaman. Saya tidak mahu tersilap dalam membeli rumah di mana pengakhirannya saya akan mengalami kerugian. Mungkin akan ada juga yang mempersoalkan akan duit yang dibazirkan untuk membayar sewa tetapi jika dikira-kira, lebih baik kita guna untuk membayar sewa berbanding dibazirkan membeli rumah sehingga mengalami kerugian.       

Rumah bertanah (teres, semi-D, etc) atau rumah berstrata/bertingkat (apartment, kondominium, etc)?
          
Saya berhasrat untuk memiliki rumah bertanah seperti semi-D kerana saya ingin mempunyai halaman rumah sendiri. Saya merupakan penghuni bagi rumah berstrata atau lebih dikenali sebagai rumah bertingkat. Saya sudah mengalami kesusahan seperti terpaksa berkongsi ampaian, berkongsi parkir, dan sebagainya. Jadi, mulai sekarang saya memasang impian untuk memiliki rumah bertanah.



Sekian, terima kasih.



No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment.