Tuesday, January 5, 2016

Task 3b

Lakukan pemeriksaan bangunan di rumah. Kenalpasti 3 kecacatan bangunan. Huraikan dengan bantuan gambar foto; apakah kecacatan tersebut dan kaitkan dengan dokumen CIS7.

Setelah melakukan pemeriksaan bangunan yang bertempat di ***** (maaf dirahsiakan). Terdapat pelbagai kecacatan yang telah berjaya saya dan ahli kumpulan kesan.

Sebagai contoh mengikut Annexes (A-E);

Annexes A :
Seperti yang dipaparkan, keadaan simen tidak berada di dalam keadaan yang baik.

Annexes B :
Seperti yang dapat dilihat. Berkemungkinan kualiti tiles yang digunakan tidak menepati spesifikasi CIS7.

Annexes C :
Keadaan lampu adalah tidak baik. Ini dapat dikaitkan dengan Annexes C.

Annexes D :
Kualiti atau cara pemasangan adalah bukan dalam keadaan yang baik. Ini juga dapat dikaitkan dengan Annexes D.

Annexes E :
**Disebabkan Annexes E merangkumi keseluruhan. Jadi, saya lampirkan beberapa kecacatan yang terdapat dari Annexes yang lain. 

Keadaan atau kualiti cat yang digunakan adalah tidak bagus.

Keadaan simen yang tidak elok.

Keadaan cat juga tidak bagus.

Sekian, terima kasih.

Task 3a

Apakah CIS7 2014 atau QLASSIC? Fokus kepada bahagian Annexes (A sehingga E), terutamanya Annex B: Quality Standards for Architectural Works.

Apakah CIS7 2014 atau QLASSIC?


qlassic


*Klik untuk lebih jelas
Sedikit fokus berkenaan Annexes (A-E);

A - ia merujuk kepada kualiti mengenai keadaan bangunan dalam pelbagai sudut. Sebagai contoh keadaan konkrit, simen, saiz besi dan sebagainya.

B - ia merujuk kepada keadaan bangunan adakah mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh senibina. Perkara yang dinilai adalah sangat terperinci mengenai keadaan mosaic, cat di dinding dan pintu, atap, ruang tamu dan banyak lagi. Penilaain ini untuk memastikan keadaan bangunan dalam keadaan baik dan sempurna.

C - ia merujuk kepada keadaan bangunan dari segi mekanikal dan elektrikal bangunan. Penilaian ini adalah untuk memastikan semua peralatan mekanikal dan elektrikal berada dalam keadaan yang baik. Sebagai contohnya ialah tingkap, kipas, lampu, pintu dan semua yang berkaitan. Hal ini untuk memastikan keselamatan dan semua peralatan boleh digunakan dengan baik.

D - ia menilai tentang hasil kerja yang berada di luar bangunan seperti pintu pagar, taman, kolam dan sebagainya.

E - merujuk kepada keseluruhan dan menyemak serta membaik pulih kecacatan yang wujud.


Untuk maklumat yang lebih lanjut boleh layari laman sesawang ini : CIDB Malaysia

Juga boleh membuat bacaan selanjutnya di : QLASSIC  & CIS7 2014

Sekian, terima kasih.

Task 2b

Pelan lantai (floor plan): Dapatkan contoh pelan lantai dan brochure jualan rumah (daripada pejabat jualan pemaju, pusat membeli belah, etc). Apakah yang dimaksudkan dengan "berapa kali berapa" (saiz rumah)? Apa maklumat yang diperolehi melalui pelan lantai?

Apakah yang dimaksudkan dengan "berapa kali

berapa" (saiz rumah)?

Disini saya lampirkan bersama brochure plan rumah yang saya dan ahli kumpulan saya ambil di pasar raya.





Yang dimaksudkan di sini adalah keluasan atau lebih difahami dengan perkataan "saiz rumah". Pada brochure berkenaan terlampirnya saiz 'berapa kali berapa' sebanyak 20' x 70' (ft). Secara normal ia berformulakan length x width.

Apa maklumat yang diperolehi melalui pelan lantai?

Seperti yang dapat dilihat dalam brochure yang dilampirkan. Kita dapat melihat beberapa maklumat telah dilampirkan di sana. Sebagai contohnya, kedudukan dapur atau ruang tamu, jumlah bilik, saiz keluasan setiap kawasan dan sebagainya. 


Sekian, terima kasih.

Task 2a (2/2)

Apakah kriteria pendaftaran PR1MA?

Berikut merupakan kriteria asas untuk menjadi pemilik kediaman PR1MA.


Jika anda memenuhi setiap kriteria diatas, tahniah. Anda sudah boleh mula untuk mendaftar. 

Sekian, terima kasih.

Monday, January 4, 2016

Task 2a (1/2)

PR1MA, SPNB, Rumahku Selangorku - Bincangkan (200 words). Apakah kriteria pendaftaran PR1MA?

PR1MA ;



Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana.

Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz. Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara. Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM10,000.



SPNB ;


Sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 demi memastikan penyediaan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Objektif Perumahan Negara.


Rumahku Selangorku;



Dasar Perumahan Negeri Selangor yang utama adalah untuk merialisasikan matlamat 'Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna'. Ini adalah bagi memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami. Kerajaan Negeri telah memperkenalkan satu konsep perumahan yang baru iaitu Perumahan Mampu Milik atau "Affordable Homes" yang memberi lebih keselesaan sama ada dari segi saiz, rekabentuk mahupun komunitinya.

Kini Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah, Rumah Kos Sederhana dan Rumah Mampumilik dikenali sebagai Rumah Selangorku

----------------------------------------------------------------------------------------------

Ini merupakan serba sedikit pengenalan atau latar belakang berkenaan PR1MA, SPNB dan Rumahku Selangorku. Harap sedikit penerangan ini mampu menjelaskan keserabutan di kepala anda.

Sekian, terima kasih.

Task 1c

Refleksi (200 words): daripada syarahan profesor - Psikologi pembeli rumah.

Credit : Gambar di atas

Setelah mendengar syarahan profesor berkenaan 'Psikologi Pembeli Rumah' dan syarahan yang lain juga. Saya mulai sedar dan lebih berpengetahuan untuk membuat keputusan berkenaan rumah. Saya juga merasakan perlu untuk saya membeli rumah terlebih dahulu dan mengelakkan untuk menyewa rumah. 

Saya juga sudah mula mengenalpasti beberapa kawasan panas atau beristilahkan 'Hot Area'. Saya juga sudah mula membuat beberapa perancangan mulai sekarang agar saya sudah boleh menyimpan dan merancang dari segi kewangan.

Saya juga berasa syukur kerana sudah tahu bagaimana ingin berurusan dengan penjual rumah dan menghadapi psikologi yang akan mereka gunakan. Alhamdulillah. Saya berharap semua rakan-rakan yang turut sama mengambil kursus ini dapat mengamalkan setiap pengetahuan yang diperolehi daripada sesi syarahan dan kuliah yang terdapat di dalam kursus Rumah dan Anda ini. 

Saya juga turut berterima kasih kepada para pensyarah kursus Rumah dan Anda kerana berusaha keras dalam menyediakan slot-slot kuliah dan syarahan sebegini demi kepentingan dan kelebihan kami semua sebagai seorang pelajar yang bakal menghadapi dunia yang lebih mencabar di luar sana. Saya berharap sangat ia dapat membantu rakan-rakan lain dalam menghadapi setiap situasi tersebut.

Akhir kata, pembelajaran 'Psikologi Pembeli Rumah' banyak membantu semua pihak terutama pelajar kursus ini dalam menghadapi penjual-penjual rumah dan dapat bertindak dengan bagus dalam membuat sesuatu keputusan berkenaan pembelian rumah sewaktu berhadapan dengan mereka ini.






[210 Patah Perkataan]